Wednesday, 2 November 2011

Mukadimah

Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
            Persatuan Seni Silat Wali Asyaro didaftarkan sebagai sebuah persatuan seni silat pada tahun 1983 adalah merupakan sebuah persatuan seni silat Melayu yang seratus peratus seni silat warisan Melayu yang diwarisi dari Tuan Shaikh Syed Othman Lenggong.
            Matlamat utama Persatuan Seni Silat Wali Asyaro ini ditubuhkan untuk memurnikan seni silat Melayu dari amalan-amalan kebatinan yang wujud di dalamnya unsur-unsur kehinduan dan amalan-amalan kurafat lainnya seperti bersekutu dengan jin atau syaitan, memberi jamuan atau ancak kepada makhluk halus yang dipercayai sebagai guru ghaib kembali kepada amalan-amalan yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah seperti Surah Al Fatihah, Surah Yasin, Surah Al Ikhlas dan lain-lain yang dapat membersihkan jiwa pengamal-pengamal seni silat Melayu dari sifat-sifat mazmumah kepada sifat-sifat mahmudah.
            Persatuan Seni Silat Wali Asyaro ini juga bertujuan membersihkan seni silat Melayu dari terlibat dengan kegiatan-kegiatan kumpulan-kumpulan yang tidak bermoral kembali kepada kegiatan-kegiatan yang membawa keamanan dan kesejahteraan kepada ahli-ahli persatuan dan masyarakat di sekeliling mereka berpandukan ALQuran dan As Sunnah.
           Kami sangat mengharapkan Persatuan Seni Silat Wali Asyaro ini dapat diterima oleh setiap lapisan masyarakat Melayu Islam di seluruh negara ini sebagai salah satu wadah dakwah yang dapat memperkasakan Islam dalam hubungan manusia dengan Allah (hablum minallah) melalui ibadah-ibadah wajib dan sunat yang istiqamah dan hubungan dengan manusia (hablum minan nas) melalui muamalah (pergaulan) yang berasaskan Al Quran dan As Sunnah.
         Kami sangat berbesar hati andainya ada pendapat yang membina dari masyarakat Melayu khususnya para guru-guru silat dan para belia yang meminati seni warisan Melayu ini demi memperkasakan Persatuan Seni Silat Wali Asyaro dalam mengembangkan dakwah Islamiyah melalui Persatuan Seni Silat Wali 'Asyaro.

6 comments:

  1. Ringkas dn padat.blog yg menarik.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..sya mgucapkan ribuan terima kaseh kepada persatuan ini,kerana byk menyentuh hal2 aqidah termasuk lah segi ilmuan.berbanding dgn setengah2 silat yg ada di malaysia..apa yg menjadi minat sya serta kwn2 sya untuk masuk silat wali asyaro ini...guru dan jurulatih nya byk memberikan nasihat bkn saja dlm bab2 persilatan, malahan hal2 keagamaan sehingga bab2 kematian diingatkan pada semua murid2 nya..yg lain guru bercerita bagaimana klu kita belajar ilmu2 yg bertentangan dgn islam!!!!apakah ilmu seperti itu yg sewajar nya kita berlajar..pembaca2 yg sya hurmat,pernah sebelum ini sya serta kwan2 berlajar SILAT LINCAH,SILAT GAYONG,SILAT ABJAD..pada mula nya semua berjalan dgn baik,tp sekian lama berlajar kami dah mula merasa sesuatu yg agak bertentangan dgn ajaran islam,kami telah bersepakat utk berhenti dari ketiga2 silat tersebut..kami benar2 dah putus harapan klu lah kami berlajar lagi takut terjadi pisang berbuah 2 kali.kepada kawan2 berhati2lah dlm mencari persatuan2 silat dimalaysia ini.apa yg kami tulis kan dlm laman ini..bkn cerita rekaan..klu tak percayakan kami,kami sedia berhadapan dgn saudara utuk memberikan keterangan.kami bukan nak memburukkan mana2 persatuan...tapi klu kami tak jelaskan rasa tanggong jawab kami belum terlepas...akhir maafkan kami bertiga rakan dan kawan setia..mencari ilmu dimana saja,asalkan ia tidak melanggar hukum allah.Kami perminat silat yg setia..dan kini kami bertiga sudah dapat apa kami dan islam hendak..Aminnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..pakcik ni perminat silat ni,klu boleh persatuan wali ni byk kan lg mukadimah yg lbh menarik lg,yg lbh kepada islam untuk mencari baik lg yg terbaik untuk hal2 mengenai silat ini.pakcik doa kan agar silat ini mendapat sambutan yg baik untuk anak muda pada zaman ini..pakcik byk dah buku laman2 silat dlm ni,semua nya tunjuk gambar2 aksi yg kadang2 entah apa2!!!. mungkin pakcik dah tua,lain lah mcm org muda..tapi lain pulak dgn silat ini,aksi silat tak ada tp byk dgn nasihat...pakcik bangga dgn cari silat in,,,,silat ada dan dakwah selari dgn nya..teruskan berjuang,pakcik doa kan berjaya...Dari pakcik Orang Lama.

      Delete
    2. ASSALAMUALAIKUM....kami daripada sek agama azlan sri iskandar bota mgucapkan selamat hari raya kepada Guru dan jurulatih2 wali asyaro msia...serta semua ahli silat wali asyaro seluruh msia..dgn ucapan selamat hari raya maaf zahir batin..jgn lupa nasihat guru..Assalamualaikum..1200.>>>KERIS HANG JEBAT JGN DILANGKAH,MANALAH TAHU TAKUT TERTULAH,PESAN GURU JANGANLAH RESAH,ASALKAN TAAT PERINTAH ALLAH...>>>PEGANG KERIS BIAR BERSARUNG,TAKUT TERTIKAN SEIBU JARI,BERLAJAR SILAT JANGANLAH SOMBONG,NANTI TAKUT RIYAK DIRI.>>>BANYAK SILAT BERMCAM RAGAM,ADA PENDAKAR DAN HULUBALANG,HATI-HATI ZAMAN SEKARANG,ADA ILMU SAMPAI TAK INGAT PANTANG LARANG...>>>TUNTUT ILMU JANGAN SEBARANG,NANTI ROSAK AQIDAH KECUNDANG,CARI LAH SILAT MENURUT ALQURAN,SEMUGA SELAMAT DUNIA AKHIRAT.

      Delete
  3. syabas kepada pewaris2selempang merah perak,yg padat dgn nasihat2 yg berguna untuk perkongsian bersama..teruskan dgn lebih byk lg nasihat2 yg lbh mantap.biar lain pada yg lain.

    ReplyDelete
  4. As salam..sye ingin tahu dimana boleh sye belajar silat ini??

    ReplyDelete